Title : Ceramah Maulidur Rasul 2012.

Hi Assalamualaikum, harini nak cerita pasal Ceramah maulidur rasul haritu. Okay ustaz Firdaus datang, fine aku macam beria-ria tau nak datang hari jumaat tu, sebab ada bacaan yassin and ceramah. sebelum ni aku tak pernah se excited tu kot, so kali ni kitorang decide nak duduk belah depan, sebab rasa macam lapang sikit duduk depan dari duduk belakang yang sangat sempit dengan budak-budak kat belakang tu. Then dah habis baca yassin, ustaz tu datang. Awal2 lagi dah buat lawak k ustaz ni, spoting gila lah. Macam-macam lah die suruh buat supaya kitorang semua tak mengatuk. blablabla die menyayi lagu pasal Nabi Muhammad S.A.W dari lahirnya nabi Muhaammad, sampai lah wafatnya Nabi Muhammad. Masa dia nak cerita tentang Nabi Muhammad wafat, dia suruh kitorang pegang dada and pejam mata. dia amanah kan kitorang buat macam tu, tak kira apa pun jadi kitorang tak boleh bukak mata. so aku pun ikut je cakap dia. Bila dia dah cerita sambil diiringi lagu yang sangat menyentuh hati, finally aku menangis. Aku menghayati cerita dia, and rasa sebak sangat sampai tersedu-sedu aku manangis. Dalam hati aku hanya mampu berdoa kepada Allah dan memohon keampunan dariNya. Sebab aku tak pernah tahu cerita yang aku patut tahu sebelum ni. Betapa sayang nya Nabi Muhammad pada umat-umat nya. Betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad. Betapa bersusah payah nya Nabi Muhammad nak menyebar kan Agama islam sampai dia menerima pelbagai dugaan sepanjang perjalanan nya. YaAllah, aku sedih sangat bila aku dapat tahu yang sebelum Nabi Muhammad hembus kan nafas terakhirnya, dia ingin merasa kan kesakitan yang akan dirasai oleh semua umat nya bila wafat nya kita nanti. Besarnya pengorbanan dia. And sambil aku menangis, sambil aku dengar apa yang yang ustaz cerita at the same time aku dapat dengar suara budak lelaki yang tengah mengejek kitorang menangis. Tak beradap betul diorang ni. Tapi aku cuba buat taktahu dengan diorang. Bila ustaz dah suruh bukak mata, aku tengok kiri kanan semua mata dah sembap, termasuk aku. Dari ceramah tu, aku rasa aku sangat beruntung sebab ada kat situ pada hari jumaat tu, kalau aku tak datang, mungkin sampai sekarang aku taktahu kisah Nabi Muhammad dari A to Z. Dapat tahu tentang kisah Nabi adalah the best feeling i ever had, seriously. 
PROPHET MUHAMMAD.